Terima kasih sayang kerana pintu hatimu masih lagi terbuka untukku meskipun terlalu banyak dosa aku lakukan terhadap dirimu.
Pertemuan kita sungguh indah kan sayang? Tuhan menemukan kita dalam Facebook selepas Subuh yang mana aku tidak bisa melelapkan mata dan kau sedang memulakan hari di tempat kerja. 31 Julai pertama kali kita bertentang mata yang mana hari itu membuatkan tubuhku sejuk mengkaku. Ciuman pertama aku datangnya darimu sayang. Sejak itu hatiku benar-benar jatuh ke dalam dakapanmu.
Empat bulan kita menyulam kasih dan cinta namun sekarang seolah sulaman kita ini sudah terputus gara-gara perkelahian yang tidak sebegitu penting. Maafkan aku sayang kerana sering mencari kesalahan dirimu. Kau tidak pernah berdosa terhadapku sememangnya. Kau terlalu baik dengan aku sayang malah begitu juga dengan keluargaku. Hati dan materi semuanya kau berikan. Kau insan teristimewa dalam hidupku yang tidak terkalahkan dan mungkin juga tidak tergantikan. Kau yang membuat aku menangis dan kaulah yang membuat aku tersenyum tawa. Segala-galanya darimu dan keranamu sayang.
Apabila kita saling mencintai satu sama lain jangan biarkan cinta kita menyerah sebegitu mudah sayang. Jangan biarkan apa-apa pun dan sesiapa pun menggugat cinta kita. Jangan biarkan kerana diri kita semuanya hancur musnah. Cinta dan nafsuku hanya untukmu sayang.