SENSE & HUMOR
Friday, 12 November 2010
Tuesday, 26 October 2010
Sunday, 24 October 2010
Surat buat kekasih hati
Terima kasih sayang kerana pintu hatimu masih lagi terbuka untukku meskipun terlalu banyak dosa aku lakukan terhadap dirimu.
Pertemuan kita sungguh indah kan sayang? Tuhan menemukan kita dalam Facebook selepas Subuh yang mana aku tidak bisa melelapkan mata dan kau sedang memulakan hari di tempat kerja. 31 Julai pertama kali kita bertentang mata yang mana hari itu membuatkan tubuhku sejuk mengkaku. Ciuman pertama aku datangnya darimu sayang. Sejak itu hatiku benar-benar jatuh ke dalam dakapanmu.
Empat bulan kita menyulam kasih dan cinta namun sekarang seolah sulaman kita ini sudah terputus gara-gara perkelahian yang tidak sebegitu penting. Maafkan aku sayang kerana sering mencari kesalahan dirimu. Kau tidak pernah berdosa terhadapku sememangnya. Kau terlalu baik dengan aku sayang malah begitu juga dengan keluargaku. Hati dan materi semuanya kau berikan. Kau insan teristimewa dalam hidupku yang tidak terkalahkan dan mungkin juga tidak tergantikan. Kau yang membuat aku menangis dan kaulah yang membuat aku tersenyum tawa. Segala-galanya darimu dan keranamu sayang.
Apabila kita saling mencintai satu sama lain jangan biarkan cinta kita menyerah sebegitu mudah sayang. Jangan biarkan apa-apa pun dan sesiapa pun menggugat cinta kita. Jangan biarkan kerana diri kita semuanya hancur musnah. Cinta dan nafsuku hanya untukmu sayang.

Wednesday, 20 October 2010
Menghadapi keadaan ini cuma membasahkan ruang pipi saya...
Saya terlalu cintakan dia. Bodohnya saya hinggakan dalam kelas, tika makan, masa menjawab paper ujian, waktu dengan keluarga dan kawan-kawan jari saya masih terketik-ketik menekan keyboard handphone atau menjawab incoming call dari dia atau terhegeh-hegeh call dia bila rindu menjengah. Tido pun adakalanya sanggup saya tahan hinggalah bila bangun sedar-sedar subuh dah memanggil. Hundred percent saya dan dia berbeza sama sekali.
Ramai mengatakan dia insan bertuah kerana berjaya memiliki saya tapi sebenarnya sayalah insan paling bertuah kerana berjaya memiliki dia terutamanya kesediaannya mencintai saya dan berkorban wang, masa dan tenaga untuk saya. Cuma hari ini emosi terlalu mengawal diri saya. Kesibukkannya membuatkan diri saya sepi dan sunyi hingga air mata tertitis menuruni pipi. Saya seharusnya memahami dia dan sedar, dia bukan seperti saya yang tidak serius dalam menjalani hari-hari kehidupan, yang selalu main-main.
Sekarang baru dia sms dan call saya tapi langsung tidak saya pedulikannya. Bukan saya merajuk tapi hati saya seolah berat dan tidak sanggup untuk menghadapi dirinya meskipun sampai saat ini saya masih terlalu mencintainya. Ingat saya suka ke bila dia memujuk-mujuk hati saya yang sedang merajuk ini? Ingat saya suka ke bila dia merayu-rayu membawa saya pulang ke dalam hatinya balik? Taaaaak! Saya sengsara melihat dia begini. Menghadapi keadaan ini cuma membasahkan ruang pipi saya.
Saya teruskan hubungan ini macam biasa dan kurangkan perhubungan seperti dulu-dulu sebagaimana saya dan dia inginkan tapi saya dah tidak boleh terlalu mencintai atau terlalu mengharapkan dia atau terlalu berharap. Saya terlalu menjaga sensitiviti hati saya tapi doa saya pada Tuhan masih sama: moga ada jodoh antara kita.

Saturday, 16 October 2010
Romance is everything !
Romance who loves to nod and sing with drowsy head and folded wing. The realism of failure the romance of success.
Friday, 1 October 2010
Yang lalu biarlah berlalu
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat membunuh harapan dan menghalang orang lain untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara. Mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian tidak ada lagi kesedihan kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat terulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada. Ianya sudah lama mati ditelan zaman.
Janganlah kita hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut walau semanis dan sekelat mana ia. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya? Bayi ke dalam perut ibunya? Air mata ke dalam kelopak mata? Padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata kita.
Dengan kembali ke masa lalu bererti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tidak ubah seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu. Dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus mengerikan. Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan.
Semuanya telah berlalu sudah dan tidak akan pernah terulang kembali. Tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu. Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung. Padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan para nenek moyang kita dahulu yang patutnya direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu iaitu JANGANLAH KALIAN MENGELUARKAN MAYAT-MAYAT ITU DARI KUBURNYA.
Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana pada dasarnya semuanya mustahil jua.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan. Air mengalir ke depan. Setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan.
Sunday, 12 September 2010
Baliklah cepat-cepat Adik

Adikkk. Kakak rindu Adik. Adik rindu Kakak. Kita saling merindui Adik.
Rasa macam dah lama Adik tak ada. Padahal baru dua tiga minggu Adik tak ada. Kasihan Adik. Mesti Adik rindu kat kita. Rindu kat Mummy. Rindu kat Papa. Rindu kat Abang, adik kita nombor dua. Kasihan Adik. Mesti Adik dah makin kurus. Mesti Adik sunyi tak ada teman nak berbicara kat sana. Tak apalah. Syamsuzzaman ada. Sepupu kita jugak walaupun bukan darah daging kita.
Kakak dan Mummy menangis meratap pemergian Adik. Kakak tak adalah menangis sangat sebab Kakak benci menangis. Mummy paling banyak menangis dan paling banyak kena marah kat Papa sebab Mummy membiarkan Adik pergi. Mummy menyesal Adik. Kakak dah tegah Mummy membiarkan Adik. Tapi Mummy berkeras juga sebab hatinya yang lembut tu. Sekarang baru Mummy sedar. Kalaulah Mummy dengar cakap Kakak. Papa pula asyik merenung dan merenung jauh-jauh. Macamlah Kakak tak tahu Papa pun menangis juga teringatkan adik dan Syamsuzzaman. Sampaikan Adik dan Syamsuzzaman masuk dalam mimpi Papa. Abang pun tak terlepas dari rasa sedih tu. Abang kata Abang rindu Adik sangat-sangat. Sampaikan Abang kena marah kat Mummy sebab Abang buka saluran Disney Channel kegemaran Adik tu. Mummy tak bagi Abang buka saluran tu. Kalau Abang buka, makinlah membuak-buak rasa rindu dan sedih tu. Kakak pula selalu tengok gambar Adik yang kakak ambil kat rumah Aunty Nun ni. Kakak rindu Adik. Adik rindu kakak?
Adikkk. Dua malam lepas Ain datang rumah. Ain naik atas cari adik. Kasihan Ain. Ain pun rindu Adik juga. Ain tanya Adik pergi mana. Semalam Daddy dan Mak Cik Aida datang rumah. Daddy kata Mummy makin kurus. Mummy serba-serbi tak lalu sebab teringatkan Adik. Kalau Adik ada sini bolehlah Adik teman Mummy dan Abang makan malam dengan Daddy dan Mak Cik Aida di Four Seasons. Kakak kalau boleh memang nak pergi sebab Kakak memang suka makan di Four Seasons. Cuma Kakak benci tengok muka Mak Cik Aida dan tiga anaknya tu. Mak Cik Aida pun bukannya suka Kakak. Salam dengan Kakak pun tak sempat Kakak nak cium tangan dia. Papa pun tak pergi Adik.
Malam-malam cuma ada Kakak dan Mummy saja atas katil tanpa Adik. Terasa lapang pula katil bila Adik tak ada. Selalunya kalau Adik ada, Adik akan ambil tempat kat tengah-tengah. Sampai Kakak dan Mummy susah sikit nak cakap-cakap. Adik akan hisap botol susu Adik sampai habis sebelum tidur. Bila kakak nak peluk Adik, Adik tendang perut Kakak dengan kaki Adik yang berbisa tu. Kadang-kadang Adik akan tarik rambut Kakak sampai tercabut. Adik akan tampar dan tumbuk muka Kakak kalau Kakak berdegil nak peluk cium Adik. Adik akan cakar muka Kakak. Sampai ke satu tahap Adik akan ludah ke atas muka Kakak. Bila Kakak cium muka adik lama-lama, Adik akan lap balik muka Adik. Adik kata Adik geli. Kakak pun faham. Adik tak suka orang peluk cium Adik. Adik rimas.
Kakak rindu dengan pertanyaan yang selalu Adik ajukan. "Kakakkk. Kakak sayang Adik?." Kakak kata sayanggg. Kakak tanya adik pula. "Adikkk. Adik sayang Kakak?." Adik kata sayanggg. Kakak tanya adik lagi. "Kenapa Adik sayang Kakak?." Adik pun jawab, "Sebab kakak, kakakkk adikkk." Adik memang cerdik. Tengok Adik pun orang dah tahu Adik memang cerdik. Adik satu anugerah yang tak ternilai kepada kita semua Adik. Adik penyeri suka dan duka orang kat sini.
Adikkk. Baliklah cepat-cepat Adik. Kakak rindu nak berebut TV dengan Adik.
Kita menulis kerana ALLAH

Dalam banyak-banyak gambar, kenapa kita pilih yang ini? Kenapa kita lebih berminat nak tunjuk kat orang lain yang ini? Sebab kita paling suka yang ini! Orang lain pun ramai yang cakap macam tu. Suka gambar ni. Selamba saja kan gambar ni? Tapi tetap menarik juga walaupun nampak berserabut kat belakang sana tu. Kita pun baru balik sekolah. Baju sekolah pun belum salin. Masa tu nenek tengah sibuk ambil gambar kita. Nak hantar kat *rahsia. Kita memang suka sangat bergambar selain mengambil gambar. Tapi bila kita tak berapa puas hati dengan gambar nenek ambil, kita pun tangkap muat sendiri sajalah mana-mana gambar. Inilah hasilnya. Cantik juga kan? Ada yang kata macam orang Belanda. Sama ke? Hehee!
Sebelum ni kita memang dah ada blog sendiri. Dah berapa kali dah. Kita sendiri pun lupa berapa dan nama apa. Kita pun tak pasti kenapalah banyak sangat blog yang kita ada. Kita harap blog ini yang terakhir hingga akhir hayat kita. Lainlah kalau kita ada rezeki kerja dengan Marie Claire atau CNN ke. Kita dapat ilham nak buat blog ni lepas kita rasa, kita ni betul-betul pulih. Pulih dari sakit jiwa kali. Uhuu! Harap-harap orang yang baca entri ni tak tanya kita, kenapa kita tulis sakit jiwa. Ya sayang?
SENSE & HUMOR! Rasanya inilah ungkapan yang palinggggggg sesuai kita nak umpamakan blog ni. Tak tahulah yang lain kan. Kita pilih tajuk ni sebab Mummy kita suka. Kita pun suka sebab Mummy suka. Mummy kata kalau kita nak buka butik nanti kita besar, bolehlah kita pakai nama ni. Sebenarnya, tiap-tiap hari jiwa kita memberontak. MEMBERONTAK. Bukan mengamuk tau! Bukan apa. Banyak sangat pemikiran dan perasaan yang kita nak curahkan. Yalah. Orang kata, menulis ni bukan sekadar meluahkan perasaan. Tapi juga mengeluarkan pemikiran. Handphone, kamera, laptop, kamkorder dan perakam suara adalah benda yang sangattttttt terpenting dalam hidup kita. Sebab apa? Sebab semua ini boleh menolong kita menjayakan misi kita. Cita-cita kitalah. Impian. Kamera kita dah ada. Tapi yang digital sajalah. Tu pun dah rosak. Tak padan dengan Canon. Perakam suara kita pula antara uzur dan tak uzur. Sekali boleh. Sekali tak boleh. Itulah akibatnya pakai barang banyak tangan. Cuma kamkorder saja kita tak ada. Kalau ada rezeki, bolehlah kita beli yang baru. Hidup ni terasa lengkap kalau kita miliki barang-barang berkait rapat dengan media.
Kita harap dengan kehadiran SENSE & HUMOR ni, banyak ilmu yang kita boleh kongsi bersama. Kita ada terbaca kat belakang kad raya, "remembering is caring." Samalah dengan "sharing is caring." Kita menulis kerana ALLAH. Kerana DIA, kita ada anugerah luar biasa ini. Kita mencurahkan pemikiran dan perasaan kita agar kita menjadi seorang yang rasional. Bukan emosional. Kan kan kan?
Subscribe to:
Comments (Atom)